001-234-567-8910

5th Avenue Madson, NY758, USA

Get Update on our recent Gadgets & Tabs

ANAK SABAH | SEJARAH RINGKAS NEGERI SABAH BAWAH BAYU

SEJARAH RINGKAS NEGERI SABAH BAWAH BAYU

Sabah pernah dikenali sebagai ‘Sudang’ yang pernah tercatat dalam puisi Java Nagaraketagama yang ditulis oleh Prapancha pada tahun 1365. Nama Sabah pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh pedagang yang mengembara di antara Pulau Sulu dan Brunei. Dipercayai juga nama Sabah diperolehi daripada tanaman pisang yang dipanggil ‘Pisang Saba’. Pada masa sekarang ‘Pisang Saba’ dikenali sebagai ‘Pisang Menurun’. Jenis pisang ini biasa tumbuh di sepanjang pantai barat Sabah. Dialek orang tempatan yang menyebut ‘saba’ seperti menyebut ‘Sabah’ telah menyebabkan nama Sabah diperolehi. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton.

Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Sri Vijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa. Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo. Kecuali dari Eropah, pendatang asing yang berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis tentang kegiatan mereka di kawasan ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki sebarang rekod bertulis kecuali sejarah dan tradisi lisan mereka.

Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan system pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua babas. Sabah telah ditakhluki oleh Kesultanan Brunei pada abad ke-17. Bagaimanapun, apabila Brunei dilanda perebutan kuasa dari tahun 1662. Sultan Muyiddin menyerahkan kawasan timur laut Brunei kepada Sultan Sulu, akibatnya Sabah diperintah oleh dua kuasa, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.

Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-15 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei dan Kesultanan Sulu. Pihak Kesultanan Sulu lah yang telah bertanggungjawab mengislamkan orang-orang Idaan pada sekitar abad ke-17 atau ke-18. Orang-orang Eropah  datang ke Sabah dua abad kemudiannya untuk tujuan perdagangan.

Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei ( Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasanKinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.

Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Pentadbiran Sabah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Bahagian Pantai Barat, Bahagian Sandakan, Bahagian Tawau, Bahagian Pedalaman dan Bahagian Kudat.

Sumber ini diperolehi dari pelbagai sumber di internet. Sila betulkan jika terdapat fakta yang mengelirukan mengenai Sejarah ringkas Negeri Sabah


Masyarakat Kadazan Dusun dan Murut di Negeri Sabah

Orang-Orang Sabah, Kadazan-Dusun adalah istilah yang diberikan kepada penyatuan klasifikasi dua puak asli di Sabah. Mereka juga merupakan kumpulan etnik terbesar yang terdiri daripada kira-kira 1/3 daripada penduduk Kadazan dan Dusun. Secara tradisinya, kebanyakan daripada mereka adalah petani tradisional yang menanam padi beras dan padi huma, serta memancing dan memburu. Tarian Sumazau merupakan tarian tradisional masyarakat Kadazan-Dusun. 

Murut adalah sebuah kumpulan etnik peribumi, yang terdiri daripada 29 kumpulan sub-etnik yang menduduki kawasan pedalaman di kawasan utara Borneo. Murut adalah etnik Sabah yang terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Ini adalah kerana mengumpul kepala musuh merupakan peranan tradisinya yang penting dalam kepercayaan kerohanian orang Murut. Terjemahan literal bagi orang Murut adalah "orang bukit". Secara tradisinya, mereka adalah penanam padi huma dan ubi kayu. Selain itu juga, mereka juga melakukan aktiviti-aktiviti seperti memburu dan menangkap ikan. Orang Murut juga tinggal di rumah panjang berhampiran sungai, dan juga menggunakan sungai untuk bergerak ke mana-mana.

KOTA KINABALU | SEJARAH PEMERINTAHAN BRITISH DI SABAH

KK, Kota Kinabalu
Semasa pemerintahan British di negeri Sabah (dikenali sebagai “British North Borneo” pada waktu itu), pusat pemerintahannya di Pulau Gaya. Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di persisiran Pantai Barat Sabah yang dipanggil “Gentisan”. Petempatan tersebut bertukar nama kepada “Jesselton” sempena memperingati Sir Charles Jessel. Apabila Sandakan, yang pada waktu itu merupakan ibu negeri “British North Borneo“, musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua, pentadbiran British telah dipindahkan ke Jesselton.

Jesselton kemudiannya bertukar nama kepada “Kota Kinabalu” pada tahun 1967, iaitu 4 tahun selepas Sabah menyertai gagasan Malaysia yang baru. Bandar raya ini telah melihat perkembangan yang pesat sekali pada tahun 1970-an dan 1990-an. Beberapa pekan yang baru telah muncul akibat daripada pembukaan paya bakau dan hutan belantara. Kota Kinabalu diisytiharkan menjadi bandar raya Malaysia yang pertama di alaf baru pada 2 Februari 2000. Datuk Ghani Rashid adalah Datuk Bandar Kota Kinabalu yang pertama. Datuk Iliyas Ibrahim dilantik sebagai Datuk Bandar kedua pada 2 Februari 2006, sempena ulangtahun keenam pengisytiharan Bandaraya ini, dan masih memegang jawatan tersebut sehingga hari ini.
Blog Sabah satusabah

Sejarah Bandar Kota Kinabalu bermula dengan penemuan Jesselton di abad ke-1 9. Pulau Gaya yang terletak berdekatan dengan bandar Kota Kinabalu telah dijadikan sebagai salah sebuah pusat pentadbiran pihak British. Pulau Gaya disifatkan sebagai salah sebuah pelabuhan terbaik yang mempunyai pesisiran pantai yang dilingkungi daratan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pihak British mendapati bahawa di sekitar perairan Pulau Gaya terdapat banyak batu karang yang mengakibatkan kapal-kapal menghadapi kesukaran untuk mendekati dan berlabuh di pulau ini.

Kegiatan perniagaan juga menjadi merosot disebabkan kesukaran mentadbir Pulau Gaya dari tanah besar. Keadaan menjadi bertambah buruk dengan berlakunya pemberontakan yang diketuai oleh Mat Salleh pada bulan Julai 1897.

Pihak British terpaksa mencari sebuah pusat pentadbiran yang baru yang lebih sesuai Pesuruhjaya Tanah Syarikat Borneo Utara, H.Walker mencadangkan sebuah tempat yang dikenali sebagai Gantian yang terletak di atas kawasan Teluk Likas. Namun begitu tempat ini didapati kurang sesuai kerana kedudukannya yang terdedah kepada angin clan adanya batu karang yang banyak di persekitaran kawasan British pada masa yang sama berminat untuk membina landasan keretapi tetapi menghadapi masalah memilih kawasan yang sesuai. Kewujudan Sungai Inanam clan kawasan paya di sekitar Gantian menyebabkan kos yang amat tinggi untuk pembinaan landasan keretapi itu. Berdasarkan faktor-faktor ini, disarankan agar landasan keretapi dibina dari Api-Api ke Pulau Gaya. Api-Api yang terletak di Selatan Putatan boleh dijadikan persimpangan untuk meluaskan laluan keretapi ke Tempasuk clan Kudat. Hasil daripada pemeriksaan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Tanah, Henry Walker sebuah tapak bandar dan tempat berlabuh baru telah ditemuikerana ianya didapati terletak di lokasi yang amat strategik. Akhirnya sebuah bandar baru ditemui yang memenuhi segala kriteria yang dikehendaki utama. Bandar ini kemudiannya dikenali sebagai Jesselton bersempena dengan nama Naib Pengerusi British North Borneo Chartered Company (BNBCC), Sir Charles Jessel. (BNBCC). Pesuruhjaya Tanah, Henry Walker sebuah tapak bandar dan tempat berlabuh baru telah ditemuikerana ianya didapati terletak di lokasi yang amat strategik. Akhirnya sebuah bandar baru ditemui yang memenuhi segala kriteria yang dikehendaki utama. Bandar ini kemudiannya dikenali sebagai Jesselton bersempena dengan nama Naib Pengerusi British North Borneo Chartered Company (BNBCC), Sir Charles Jessel. (BNBCC).

Dengan penemuan ini, bermulalah satu era baru bagi tempat yang sebelum ini tidak lebih dari tempat persinggahan nelayan-nelayan kaum Bajau. Berbagai-bagai program pembangunan diatur dalam usaha pihak British untuk menjadikan Jesselton pusat pentadbiran dan pusat persinggahan utama kapal-kapal dari seluruh pelusuk dunia. Landasan-landasan keretapi dibina’ untuk memudahkan proses pengangkutan terutamanya hasil-hasil pertanian dan perhutanan. Perkhidmatan telegraf juga diperluaskan dari Mempakol ke Jesselton. Pelan­ pelan baru untuk rumah-rumah kedai juga telah disiapkan dan beberapa ” Peristiwa terbakarnya Pulau Gaya.pada tahun 1867 adalah lambang penentangan orang-orang Islam pada masa itu terhadap penjajahan British. Peristiwa ini juga menyebabkan lahirnya Bandar Jesselton (kini Kota Kinabalu) sehingga sekarang sebagai Pusat Pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan budaya.“

Dalam bab pertama, seperti biasa penulis akan cuba mengupas kembali latar belakang sejarah negeri Sabah atau Borneo Utara secara ringkas. Ianya bermula dengan sejarah Borneo Utara sebelum dijajah oleh British North Borneo Chatered Company (BNBCC) pada pertegahan abad ke-19 sehinggalah tamatnya Perang Dunia Kedua. Dalam pada itu, pada bab ini juga penulis akan cuba menerangkan bentuk struktur pentadbiran kerajaan BNBCC ketika mana syarikat ini menakluki Borneo Utara dari tahun 1881-1941.

Selain daripada itu, pada awal perbincangan dalam bab ini, penulis bercadang akan memberi gambaran secara ringkas akan keadaan geogarafi Borneo Utara atau Sabah yang meliputi aspek-aspek seperti iklim, taburan hujan bentuk muka bumi dan sebagainya.

Di samping itu, bagi menghuraikan aspek-aspek yang terdapat dalam bab awal ini, penulis lebih cenderung menggunakan sumber-sumber sekunder sahaja. Ini kerana fokus utama perbincangan dalam penulisan ini adalah tertumpuh pada bab-bab yang seterusnya. Justeru itu, penulis berasa memadailah dengan merujuk sumber kedua sahaja dalam menerangkan atau menghuraikan isi yang berkaitan dengan latar belakang Borneo Utara.
SUMBER  


TAMBAHAN INFO 

Nama-nama seperti Deasoka, Api-Api dan Jesselton mungkin tidak asing bagi penduduk negeri ini.

Bagaimanapun, tahukah anda apakah signifikan nama-nama tersebut kepada bandar raya ini dan penduduknya?

Pasti ramai yang tidak sedar bahawa nama-nama tersebut merupakan nama asal bagi bandar raya ini.

Malah, penulis sendiri tidak sedar melainkan setelah mengunjungi Pameran Sejarah Bandar Raya Kota Kinabalu yang berlangsung di Dewan Masyarakat di Jalan Dewan di sini baru-baru ini.

Menurut rekod, sejarah bandar raya Kota Kinabalu telah bermula lebih dari 100 tahun lalu, bermula dari sebuah perkampungan kecil dipanggil Deasoka, kemudian bertukar kepada Singgah Mata dan diikuti dengan Api-Api.

Bagaimanapun sejarah moden bandar raya ini bermula pada abad ke-19 apabila kerajaan British menerusi Syarikat Perdagangan British Borneo Utara (BNBCC) membuka pusat pentadbiran baru yang dikenali Jesselton menggantikan pusat pentadbiran lama di Pulau Gaya.

Jesselton diambil mengikut nama Naib Pengerusi BNBCC, Sir Charles Jessel. Dalam tempoh singkat, Jesselton muncul sebagai pusat perdagangan utama di Borneo Utara khususnya dalam perdagangan getah, rotan, madu dan lilin.

Jesselton kemudian ditukar nama kepada Kota Kinabalu pada 30 September 1967 dan dalam jangka masa 32 tahun, Kota Kinabalu atau lebih terkenal dengan panggilan KK telah melalui banyak transformasi sehingga menjadikannya pusat perkembangan ekonomi dan pentadbiran penting di rantau ini.

Hari ini KK dapat dibahagikan kepada beberapa komponen utama iaitu KK lama yang terdiri dari Jalan Pantai dan Jalan Gaya, Segama, Sinsuran, Api-Api Centre, Asia City, Karamunsing, Kompleks SEDCO dan Bandaran Berjaya.

Apa yang menarik kesemua wajah yang mewakili perkembangan itu dapat dilihat pada gambar-gambar dalam pameran tersebut.

Lebih 50 bahan sejarah dipamerkan bagi menceritakan perkembangan bandar raya ini.

Selain gambar, turut dipamerkan artifak sejarah seperti topi pengasas bandar Jesselton, Sir Charles Jessel, wang lama dan dua meriam yang pernah mengawal bandar itu daripada serangan musuh.

Bagi memeriahkan lagi suasana, pertandingan pengisahan sejarah bandar raya Kota Kinabalu, teka siapa tokoh, cabutan bertuah dan pertandingan melukis turut diadakan.

Pengunjung turut berpeluang melihat perancangan masa depan yang telah diatur oleh pihak berkuasa bagi memajukan lagi bandar raya ini selari dengan tema Bandaraya Peranginan Semulajadi

Pameran yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-10 bandar raya Kota Kinabalu itu akan berakhir 28 Februari ini.

Sementara itu, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim berkata, pameran bertajuk Kota Kinabalu - Dulu, Kini dan Akan Datang bertujuan memberi peluang kepada orang ramai mengetahui dan mengingat kembali kisah lama bandar raya ini.

Katanya, ini penting bagi mewujudkan rasa cinta dan bangga kepada bandar raya ini yang menjadi nadi kehidupan penduduknya.

''Semoga rasa sayang dan bertanggungjawab itu menjadi lebih tebal apabila melihat dan mengetahui kisah lalu di sebalik apa yang kita saksikan hari ini," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merancang membina sebuah galeri tetap bagi menyimpan bahan-bahan sejarah berkaitan perkembangan bandar raya ini bermula dari penubuhannya sehingga hari ini.

Menurutnya, galeri tersebut bukan sahaja akan menyimpan bahan sejarah tetapi mampu menjadi tarikan baru kepada pelancong ke bandar raya ini

''Kita perlukan satu usaha yang lebih sistematik bagi memastikan bahan bersejarah ini terus terpelihara dan dapat disaksikan oleh generasi akan datang," katanya.

Beliau menambah, walaupun DBKK sudah memiliki Galeri Bandaraya tetapi ruang sedia ada agak kecil dan tidak mampu menampung bahan yang semakin bertambah. SUMBER

KEMASKINI, 15/3/2013, 10:17AM


SEJARAH AWAL KOTA KINABALU

Pada akhir tahun 1800-an, Syarikat Borneo Utara British (BNBC) mula menubuhkan koloni di seluruh Borneo Utara (kini Sabah). Pada tahun 1882, Syarikat Borneo Utara British tersebut mengasaskan penempatan kecil di kawasan yang dikenali sebagai Teluk Gaya yang telah didiami oleh orang-orang Bajau. Penempatan pertama di Pulau Gaya (Pulau Gaya). Pada tahun 1897, penempatan pertama ini telah dibakar dan dimusnahkan oleh pejuang kebebasan asli Bajau yang diketuai oleh Mat Salleh.

Selepas pemberontakan tersebut, Syarikat Borneo Utara British telah memutuskan untuk memindahkan penempatan ke tanah besar dengan tujuan ia lebih mudah dipertahankan dan bertentangan dengan Pulau Gaya. Perkampungan nelayan yang berhampiran yang dinamakan Api-Api menjadi penempatan Syarikat Borneo Utara British yang baru. Lokasi baru ini kemudian ditetapkan sebagai pelabuhan utama serta perhentian untuk North Borneo Railway. Ia telah berkembang dan dinamakan semula sebagai Jesselton, dinamakan sempena Sir Charles Jessel, Naib Pengerusi Syarikat ketika itu. 

"Jesselton telah dibakar oleh tentera British yang bakal berundur dalam Perang Dunia II untuk menghalang ia daripada jatuh ke tangan Jepun. Selepas Jepun mengambil alih Borneo, ia sekali lagi dinamakan Api. 

Beberapa siri pemberontakan terhadap pentadbiran tentera Jepun berlaku di Api. Salah satu pemberontakan utama yang berlaku pada tahun 1943 oleh kumpulan yang dikenali sebagai Gerila Kinabalu terdiri daripada penduduk tempatan. Tentera Jepun menghentikan pemberontakan itu selepas ketuanya, Albert Kwok, ditangkap dan dihukum mati pada tahun 1944. 

Pada peringkat akhir perang, pekan ini telah dimusnahkan lagi oleh pengeboman Bersekutu sebagai sebahagian Kempen Borneo pada tahun 1945, menyebabkan hanya tiga bangunan yang kekal berdiri. Peperangan di Borneo Utara berakhir dengan penyerahan rasmi Tentera Darat ke-37 Jepun oleh Leftenan Jeneral Baba Masao di Labuan pada 10 September 1945."

"Selepas perang, Syarikat Borneo Utara British kembali untuk mentadbir Jesselton tetapi tidak mampu untuk membiayai kos pembinaan semula yang besar. Mereka memberikan kawalan Borneo Utara kepada Mahkota British pada tahun 1946. Kerajaan penjajah yang baru dipilih untuk membina semula Jesselton sebagai ibu negeri Borneo Utara dan bukannya Sandakan, yang juga telah dimusnahkan oleh perang.
Apabila Borneo Utara bersama-sama dengan Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, negeri itu dikenali sebagai Sabah dan Jesselton kekal sebagai ibu negeri. 

Jesselton telah ditukar nama kepada Kota Kinabalu pada 30 September, 1968 dan menerima status bandaraya rasmi daripada kerajaan Malaysia pada 2 Februari, 2000."

ETYMOLOGI

Kota Kinabalu dinamakan selepas Gunung Kinabalu yang terletak kira-kira 50 kilometer Timur-Timur Laut bandar. Kinabalu berasal dari nama ‘Aki’ Nabalu yang bererti tempat dihormati orang mati, di mana, ‘Aki’ bermaksud nenek moyang atau datuk dan ‘Nabalu’ menjadi nama untuk gunung dalam bahasa Dusun. 

Terdapat juga sumber yang mendakwa bahawa istilah yang berasal dari ‘Ki Nabalu’ yang ‘Ki’ bermaksud mempunyai atau wujud dan ‘Nabalu’ bermakna semangat mati.

Kota adalah perkataan Melayu yang bermaksud kubu atau bandar. Ia juga boleh digunakan secara tidak rasmi untuk merujuk kepada mana-mana kota-kota atau bandar-bandar. Mulai sekarang, terjemahan langsung nama Kota Kinabalu ke dalam bahasa Inggeris akan menjadi "Kota Kinabalu" atau "Kinabalu City".

NAMA ASAL

Selain Jesselton, terdapat beberapa teori lain sebagai nama asal bagi Kota Kinabalu. Yang paling popular, seperti yang disebutkan di atas, Api-Api, atau hanya Api, yang satu perkataan Melayu yang bermaksud 'Api'.

Ia dinamakan sedemikian oleh penduduk tempatan terutamanya Bajau untuk memperingati peritiwa membakar pejabat pentadbiran British di Pulau Gaya (Pulau Gaya) yang diketuai oleh Mat Salleh, serta insiden lain kebakaran yang biasanya dilakukan oleh lanun. Terdapat tuntutan lain, bahawa Kota Kinabalu sebenarnya dinamakan selepas sungai berhampiran yang dipanggil Sungai Api-Api. Selain Api-Api, nama bersejarah lain yang disyorkan adalah Deasoka yang bermaksud ‘di bawah pokok kelapa’ dalam bahasa Bajau. Bajau tempatan kononnya menggunakan nama ini untuk merujuk kepada sebuah kampung di bahagian selatan bandar yang dipenuhi dengan pokok kelapa. 

Nama lain adalah Singgah Mata yang secara harfiah bermaksud "mata transit" tetapi boleh juga diterjemahkan sebagai "menyenangkan mata". Ia adalah nama yang kononnya diberikan oleh nelayan dari Pulau Gaya yang merujuk kepada jalur tanah yang pada hari ini adalah pusat bandar Kota Kinabalu. Hari ini, semua nama-nama ini telah diabadikan sebagai nama jalan atau bangunan di sekitar bandar. 

Beberapa contoh adalah Lintasan Deasoka, Pusat Api-Api dan Jalan Singgah Mata.

Sumber: DBKK

Geografi Alam Sekitar Negeri Sabah

Geografi Alam Sekitar Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak, dan berkongsi sempadan di rantau barat selatan Sabah. Bersama-sama dengan Sarawak, ia juga berkongsi sempadan dengan Kalimantan Timur Indonesia di bahagian selatan. Struktur geografi negeri ini adalah campuran kawasan pantai, pergunungan dan hutan hujan tropika. 

Salah satu daripada kawasan yang paling menonjol di Sabah adalah terletak di pusat kawasan tengah Sabah iaitu Banjaran Crocker, yang menempatkan beberapa gunung dengan pelbagai ketinggian kira-kira 1,000 meter kepada 4,000 meter. Puncak tertinggi julat ini pada 4095 meter (13435 kaki) di atas paras laut adalah dikenali sebagai Gunung Kinabalu, iaitu salah satu gunung tertinggi di Asia Tenggara. 

Terdapat pelbagai Crocker Gunung terbentang dari arah utara ke selatan, membahagikan kawasan berbukit di sebelah barat dengan dataran di sebelah timur. Aliran dari Mountain Range Crocker ke Laut Sulu di timur Sandakan sepanjang 560km juga membuatkan Sungai Kinabatangan sebagai sungai terpanjang di Sabah. 

Seperti kawasan hutan tebal tropika di negeri ini, Sungai Kinabatangan juga membantu banyak hidupan liar yang menarik dan merupakan rumah habitat yang unik hanya di rantau ini. Sabah mempunyai sejarah yang lama dengan mengetepikan kawasan semula jadi yang penting untuk pemuliharaan flora dan fauna yang unik. Kawasan hidupan liar ini penting bagi tujuan perlindungan pantas dan fleksibel bagi hidupan-hidupan liar dan habitat-habitat termasuk: Maliau Basin, atau digelar sebagai 'Lost World Sabah', terletak di kawasan terpelihara yang mengelilingi Sungai Maliau di Tawau; yang terletak di bahagian selatan Negeri Sabah. 

Lembangan Maliau adalah satu himpunan luar biasa bagi 12 jenis hutan, yang terdiri daripada hutan montane rendah yang dikuasai oleh pokok Agathis megah, hutan rawa yang unik, dan hutan dipterokarpa tanah rendah / bukit. Lembah Danum, iaitu tanah seluas 438 kilometer persegi yang tidak terganggu dan terletak 70km barat Lahad Datu adalah salah satu kawasan pemuliharaan terkaya di dunia dengan lebih 200 spesies pokok sehektar berkembang maju di atasnya. Ia merupakan rumah semulajadi untuk spesies hidupan liar terancam seperti Badak Sumatra, Banteng, Gajah Asia, Orang Utan, dan Monyet Proboscis. 

Imbak Canyon, iaitu kawasan pemuliharaan yang terletak lebih 300 km tenggara Kota Kinabalu adalah salah satu daripada baki kawasan hutan hujan tanah rendah terbesar dan terakhir dan tidak terganggu di Sabah. Dalam laman web ini, anda boleh melihat Imbak Falls, iaitu salah satu air terjun di Sabah dengan ketinggian 30 meter yang amat menawan di Malaysia. Tabin, atau lebih dikenali sebagai Rizab Hidupan Liar Tabin adalah disebabkan bilangan besar haiwan yang menduduki hutannya, dimana sebilangan adalah sangat terancam. 

Tiga mamalia terbesar di Sabah, iaitu Gajah kerdil Borneo, Badak Sumatra dan Tembadau (Lembu Liar Borneo), 8 spesies primat, 3 spesis kucing yang berada dalam senarai hidupan liar yang dilindungi, bersama-sama dengan 42 keluarga yang mewakili 220 spesis burung juga boleh didapati di rizab ini. Rizab Hutan Kabili-Sepilok, di mana Pusat Orang Utan Sepilok terletak, melindungi sebahagian kecil hutan tropika tanah rendah Dipterokarpa yang juga meliputi kawasan paya bakau yang kecil. 

Rizab ini juga melindungi orang utan yang telah diselamatkan, dipulihkan dan dilepaskan ke dalam hutan. Selain daripada orang utan, ia juga merupakan rumah makhluk kecil lain-lain yang diabaikan. 

Ekonomi Sabah Ekonomi di Sabah sentiasa bergantung kepada industri eksport bagi komoditi utama dan komoditi-komoditi lain yang diproses secara minima. Selain daripada pengilangan kayu yang biasa dilakukan, sektor pertanian, pelancongan dan pembuatan juga semakin meningkat, dan ianya semakin pantas menjadi sumber utama ekonomi di negeri Sabah. 

Walau bagaimanapun, petroleum, minyak sawit dan koko masih kekal sebagai tiga komoditi yang sentiasa dieksport keluar dari negeri ini. Oleh sebab sumber-sumber semulajadi yang kaya di negeri ini, hampir 1/7 tanah di kawasan sekitar Sabah adalah sesuai untuk membangunkan sektor pertanian.

Pertanian Sabah adalah pengeluar tunggal minyak kelapa sawit dan koko di Malaysia. Perladangan kelapa sawit meliputi lebih 700,000 hektar di kawasan Pantai Timur Sabah, dan ia juga telah menyumbang kira-kira 25% daripada eksport minyak kelapa sawit mentah negara. Secara tradisinya, Sabah bergantung kepada eksport yang berasaskan kayu balak, tetapi dengan kekurangan hutan semula jadi yang semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan, usaha ekologi untuk menyelamatkan baki kawasan hutan hujan semulajadi telah dibuat pada awal tahun 1982. 

Pembuatan Terdapat beratus-ratus SMI dan SME di negeri Sabah, dan terdapat beberapa syarikat yang telah membuat nama di sini seperti Gardenia, Ken Chong, Cap Kuda, dan banyak lagi. Dengan galakkan perindustrian yang diberikan oleh kerajaan negeri Sabah melalui pelan Koridor Pembangunan Sabah; tumpuan khusus di kawasan Sepanggar di mana KKIP Industrial Park dan Terminal Kontena Sepanggar Port terletak, tidak lama lagi akan mempunyai lebih banyak syarikat pembuatan yang akan bermula di sana dalam tempoh masa terdekat. Pelancongan di Sabah Eko-pelancongan adalah penyumbang utama kepada ekonomi di negeri Sabah. Sama ada pantai berpasir putih, hutan hijau yang subur, hidupan liar yang eksotik, pengembaraan yang menyeronokkan, masakan yang sedap, atau budaya yang kaya, Sabah sentiasa mempunyai sesuatu untuk setiap orang. 

Sabah juga merupakan tuan rumah kepada salah satu tapak menyelam popular di dunia, iaitu Pulau Sipadan; dan juga Tapak Warisan Dunia iaitu Taman Negara Kinabalu oleh sebab ekosistemnya yang kaya dengan kehidupan marin dan habitat hidupan liar. Bahasa Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan yang ditutur secara luas di seluruh etnik di Sabah. Walau bagaimanapun, orang Sabah bercakap Bahasa Malaysia dengan dialek Sabahan Baku, sedikit berbeza daripada dialek orang Malaysia Barat. Selain daripada bahasa ibunda masing-masing seperti Kadazan, Dusun, Bajau, dan Murut; bahasa Mandarin dan beberapa dialek Cina seperti Hakka dan Kantonis, serta bahasa Inggeris juga dituturkan di sini. 

FAKTA MENGENAI NEGERI SABAH

FAKTA MENGENAI NEGERI SABAH

Sabah Negeri di Bawah Bayu adalah negeri kedua terbesar di Malaysia, yang terdiri daripada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Dengan kawasan yang menjangkau 72,500 kilometer persegi, dipenuhi dengan pantai yang dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian Timur, Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo dan juga merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia. 

Klimat / Suhu Iklim di seluruh negeri Sabah adalah iklim khatulistiwa / tropika dengan anggaran suhu 32°C (90°F) bagi kawasan tanah rendah dan purata suhu 21°C (70°F) bagi kawasan tanah tinggi. Sabah secara kebiasaannya adalah panas dan cerah sepanjang tahun. Dalam iklim tropika seperti ini, ia adalah dinasihatkan untuk berpakaian selesa dalam kain linen yang ringan, kain jenis kapas, baju kemeja-T, seluar pendek, atau seluar jeans untuk mengelakkan rasa terlalu panas. Hujan juga adalah biasa sepanjang tahun, tetapi ia boleh menjadi jauh lebih lembap ketika musim Monsun Timur Utara (Oktober - Februari), dan panas / kering antara bulan Mei dan September. 

Flora dan Fauna Tahukah anda bahawa kajian hidupan liar yang dibuat oleh National Geographic mendedahkan bahawa 10 kilometer persegi Sabah mempunyai lebih banyak flora dan fauna daripada Amerika Utara dan Eropah digabungkan? Hutan di Sabah dikelaskan sebagai hutan hujan dimana saintis menganggarkan ia pada 130 juta tahun - salah satu yang tertua di dunia! Kinabalu Park, yang meliputi kawasan sekitar Gunung Kinabalu merangkumi kira-kira 754 kilometer persegi. Ia adalah syurga botani untuk himpunan spesis tumbuhan dan hidupan liar yang paling luar biasa di dunia . Tumbuh-tumbuhan di taman boleh berubah dari hutan tropika rendah yang subur ke padang rumput alpine sejuk dan lain-lain. Rafflesia, bunga terbesar di dunia, juga ditemui di sini. Bunga parasit ini mengambil masa kira-kira 9 bulan untuk mekar, tetapi hanya hidup untuk 3-4 hari dengan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan untuk menarik serangga seperti lalat untuk pendebungaan. 

Selain itu, tumbuhan periuk kera yang terbesar di dunia (Tumbuhan pemakan serangga , Nepenthes Rajah), yang merupakan endemik kepada Gunung Kinabalu juga boleh didapati di sini. Walaupun kebanyakan mamalia hidup di kawasan tanah rendah sekitar Taman Kinabalu, primat seperti langur, monyet, ungka, kera hantu dan kongkang juga pernah ditemui di dalam Taman Kinabalu. Selain itu, taman ini juga merupakan rumah kepada haiwan yang lebih besar seperti harimau jarang dahan, babi hutan, beruang matahari, 3 spesis rusa (rusa sambar yang besar, kijang kecil dan kancil), dan mamalia kecil yang lain seperti tikus kasturi, tupai, serta beberapa spesies insektivor seperti tikus kembang bulan. 

Pada tahun 2000, Taman Negara Kinabalu telah ditetapkan oleh UNESCO secara rasmi sebagai Tapak Warisan Dunia kerana biodiversiti yang tinggi di taman itu dan juga kerana lebih separuh daripada keluarga tumbuhan berbunga dan haiwan di situ adalah terancam. 

Rakyat dan Sejarah Sabah Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik. Kadazan-Dusun adalah kumpulan etnik yang terbesar di Sabah yang membentuk hampir 30% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Pesta Menuai yang disambut pada 30 & 31 Mei setiap tahun adalah percutian yang amat diraikan oleh etnik Kadazan-Dusun bagi menghormati Roh Beras dan untuk bersyukur di atas tuaian yang banyak. Bajau, atau juga dikenali sebagai 'Koboi Timur', dan Murut, iaitu orang-orang bukit dan pemburu kepala pada masa lalu, adalah kumpulan etnik kedua dan ketiga terbesar di Sabah. Suku kaum lain-lain adalah termasuk suku kaum bumiputera seperti Bisaya, Melayu Brunei, Bugis, Kedayan, Lotud, Ludayeh, Rungus, Suluk, Minokok, Bonggi, Ida'an, dan banyak lagi. Di samping itu, orang Cina juga termasuk dalam kumpulan utama bagi penduduk bukan pribumi. Sejarah Sabah boleh dikesan kembali kepada kira-kira 20,000 - 30, 000 tahun yang lalu dengan bukti-bukti yang mencadangkan bahawa manusia awal telah wujud. 

Syarikat Berpiagam Borneo Utara berfungsi memerintah Sabah (kemudian dikenali sebagai Borneo Utara) dari tahun 1881 sehingga 1942, apabila tentera Jepun menyerang Borneo Utara semasa Perang Dunia II. Akibat peperangan yang menghancurkan itu, Syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak mempunyai sumber kewangan untuk membina semula negeri Sabah. Oleh sebab demikian, wilayah itu telah diletakkan di bawah kawalan pejabat kolonial dan menjadi tanah jajahan British pada 15 Julai 1946. Beberapa tahun selepas itu, Sabah mencapai pemerintahan sendiri dari British, dan telah bersatu dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Sejarah Asal Usul Negeri Sabah Bawah Bayu

SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU 

Bendera Sabah, Sabah Flag

Nama Sabah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Bristish ke Pulau Borneo lagi. Pihak British menukarkannya sebagai Borneo Utara dan digunakan secara rasmi semenjak tahun 1881. Sabah telah digunakan semula pada tahun 1963 setelah Sabah masuk ke dalam Malaysia. Terdapat banyak variasi bagaimana nama Sabah diperolehi. 

Sabah pernah dikenali sebagai ‘Sudang’ yang pernah tercatat dalam puisi Java Nagaraketagama yang ditulis oleh Prapancha pada tahun 1365. Nama Sabah pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh pedagang yang mengembara di antara Pulau Sulu dan Brunei. Dipercayai juga nama Sabah diperolehi daripada tanaman pisang yang dipanggil ‘Pisang Saba’. Pada masa sekarang ‘Pisang Saba’ dikenali sebagai ‘Pisang Menurun’. Jenis pisang ini biasa tumbuh di sepanjang pantai barat Sabah. Dialek orang tempatan yang menyebut ‘saba’ seperti menyebut ‘Sabah’ telah menyebabkan nama Sabah diperolehi. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton.

Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Sri Vijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa. Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo. Kecuali dari Eropah, pendatang asing yang berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis tentang kegiatan mereka di kawasan ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki sebarang rekod bertulis kecuali sejarah dan tradisi lisan mereka.

Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan system pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua babas. Sabah telah ditakhluki oleh Kesultanan Brunei pada abad ke-17. Bagaimanapun, apabila Brunei dilanda perebutan kuasa dari tahun 1662. Sultan Muyiddin menyerahkan kawasan timur laut Brunei kepada Sultan Sulu, akibatnya Sabah diperintah oleh dua kuasa, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.

Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-15 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei dan Kesultanan Sulu. Pihak Kesultanan Sulu lah yang telah bertanggungjawab mengislamkan orang-orang Idaan pada sekitar abad ke-17 atau ke-18. Orang-orang Eropah  datang ke Sabah dua abad kemudiannya untuk tujuan perdagangan.

Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei ( Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasanKinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.

Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Pentadbiran Sabah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Bahagian Pantai Barat, Bahagian Sandakan, Bahagian Tawau, Bahagian Pedalaman dan Bahagian Kudat.

Sumber ini diperolehi dari pelbagai sumber di internet. Sila betulkan jika terdapat fakta yang mengelirukan mengenai Sejarah ringkas Negeri Sabah

Apa Khabar warga SABAH?


Salam Hormat dan Selamat Datang diucapkan kepada semua. Terima kasih atas lawatan kawan2 semua ke blog ini.

SAS
adalah singkatan kepada "SAYA ANAK SABAH" . Group ini ditubuhkan di LAMAN FACEBOOK agar semua Anak-anak Sabahan dapat berkongsi info-info terkini atau terdahulu dan berkongsi pendapat melalui topik yang diutarakan yang berkaitan dengan Negeri SABAH.

Semoga dengan adanya group ini di LAMAN FACEBOOK kita akan dapat mengeratkan ikatan silaturrahim antara satu sama lain tanpa mengira Agama, Bangsa dan Keturunan kerana kita semua 1MALAYSIA.

Tujuan Blog (SAS) ditubuhkan adalah sebagai inisiatif kepada rakan2 untuk :

1.Memberikan pandangan / pendapat mengenai isu-isu semasa,
2.Untuk memberitahu berkenaan tempat-tempat menarik di Sabah
3.Pengiklanan apa-apa sahaja produk berasaskan Sabahan yang boleh dimanfaatkan kepada semua.

SAYA ANAK SABAH (SAS)
ini bukanlah ditubuhkan bagi tujuan kenegerian semata-mata tetapi adalah supaya kita mengenali Jatidiri kita yang Sebenarnya. "Kalau bukan kita siapa lagi." Group ini terbuka kepada semua warga SABAH dan juga kepada orang luar yang berminat mengenali negeri yang diberi jolokan sebagai NEGERI BAWAH BAYU.


Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter